Peniaga nafi sorok gajet untuk naikkan harga

Permintaan yang tinggi menyebabkan bekalan komputer riba baharu dan terpakai habis di pasaran. (Gambar hiasan)
Permintaan yang tinggi menyebabkan bekalan komputer riba baharu dan terpakai habis di pasaran. (Gambar hiasan)
A
A
A

KOTA BHARU - Permintaan yang melebihi penawaran menjadi punca stok komputer riba baharu dan terpakai habis di pasaran, malah turut menyebabkan peningkatan harga.

Bagaimana kenaikan harga barangan itu tidak mempunyai kaitan dengan tindakan peniaga ‘menyimpan’ stok bagi mengaut keuntungan lebih tinggi susulan langkah kerajaan memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Perkara itu didedahkan peniaga komputer riba terpakai dan baharu di Kelantan yang hanya mahu dikenali sebagai Lee.

Lee yang mengusahakan perniagaan itu sejak 20 tahun lalu berkata, pelaksanaan PdPR menyaksikan permintaan luar biasa terhadap peralatan itu menyebabkan dia dan beberapa peniaga lain kehabisan stok ketika ini.

“Saya hairan bagaimana boleh timbul spekulasi ini (sorok gajet) sedangkan kami peniaga nak dapatkan stok daripada pembekal pun agak susah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan komputer riba terpakai itu diimport dari luar negara dan mengambil masa yang agak lama untuk masuk ke Malaysia.

Kata Lee, memburukkan lagi keadaan apabila ada beberapa buah negara yang sebelum ini menjadi ‘syurga’ komputer riba terpakai ‘berehat’ seketika daripada mengeksport barangan tersebut selepas kerajaan menggalakkan pekerja untuk bekerja dari rumah.

Artikel Berkaitan: