X

Kindly register in order to view this article
!

Denda RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika guna 'tayar kangkang'

PDRM dalam satu hantaran di Facebook rasminya pada Ahad berkenaan tindakan ke atas pemilik kenderaan yang mengubah suai kereta menggunakan 'hellaflush'.
A
A

KUALA LUMPUR - Denda RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan boleh dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan tayar atau rim terkeluar daripada badan kereta atau 'hellaflush'.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook rasminya menjelaskan, trend mengubah suai kereta menggunakan tayar 'hellaflush' semakin menjadi ikutan dalam kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.

"Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap, sekali gus merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain," kata kenyataan itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!