X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

14 warga asing ditahan berkeliaran dalam tempoh kuarantin

Kesemua warga asing berkenaan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai dan berbahaya yang boleh mengakibatkan penyakit berjangkit.
A
A

KOTA TINGGI - Seramai 14 warganegara asing yang sedang menjalani perintah kuarantin ditahan kerana berkeliaran di bandar ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mereka yang ditahan itu terdiri daripada 12 warga Nepal; seorang lelaki warga India dan seorang warga Bangladesh berusia antara 22 tahun hingga 34 tahun.

"Hasil rondaan gabungan Pasukan Task Force Covid-19, Balai Polis Kota Tinggi dan pihak Kementerian Kesihatan berjaya menahan mereka di beberapa tempat sekitar bandar Kota Tinggi.

"Siasatan awal mendapati mereka menunggu giliran untuk dipotong gelang kuarantin namun perbuatan berkeliaran sebelum tamat arahan perintah kuarantin merupakan satu kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, mereka disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai dan berbahaya yang boleh mengakibatkan penyakit berjangkit.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!