Shuhei awang import baharu KUFC

Shuhei (kiri) bersama seorang lagi pemain import baharu KUFC, Masashi Motoyama. - Foto FB KUFC
Shuhei (kiri) bersama seorang lagi pemain import baharu KUFC, Masashi Motoyama. - Foto FB KUFC
A
A
A
KELAB Kelantan United (KUFC) melengkapkan kuota pemain import apabila membawa masuk pertahanan dari Jepun, Shuhei Fukai menjelang Liga Malaysia (Liga-M) yang dijangka bermula Mac depan.

Pengarah Eksekutif Kelantan United FC Sdn Bhd, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, pemain berusia 28 tahun itu telah tiba di Malaysia dan akan bersama KUFC bagi mengikuti program latihan yang telah disusun barisan jurulatih.

"Shuhei akan bermain di posisi pertahanan tengah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain import musim lalu, Aylton Alemao yang berhijrah ke Kuching City FC musim ini.

"Pemain kelahiran Saitama itu memulakan kerjaya bersama Omiya Hardija pada 2009 seterusnya beraksi dengan Hokuriku University 2012-2015, menyarung jersi kelab Blaublitz Akita selama dua musim (2016-2018) dan diikat pasukan Iwate Grulla Morioka, setahun kemudian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, dua pemain tengah dari Jepun turut menyertai KUFC iaitu Masashi Motoyama dan Yuki Tanigawa manakala seorang penyerang import dari Gambia iaitu Gassama Alfussainey bagi slot pemain asing KUFC.

Mengulas lanjut, Anas Karimi berkata, pengambilan Shuhei atas cadangan ketua jurulatih, Akira Higashiyama setelah menilai beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan akhirnya memutuskan untuk merekrut pemain itu.

"Kami percaya kehadiran pemain yang berpengalaman dalam saingan Liga 3 Jepun itu mampu membantu KUFC mengukuhkan pertahanan seterusnya memberi cabaran dalam Liga-M musim ini," katanya.

Sementara itu, Anas Karimi berkata, pasukanya turut membawa masuk seorang lagi pemain tempatan iaitu bekas pemain Kuala Lumpur, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil selepas menandatangani kontrak setahun bersama kelab berkenaan.

"Kami yakin Mohamad Qayyum akan membantu KUFC pada saingan Liga-M berikutan pemain muda itu mempunyai pengalaman, sikap profesional dan akan menjadi satu aset besar buat pasukan menggapai impian dan cita-cita
Artikel Berkaitan:


"Qayyum merupakan produk Kelantan FA sebelum ini dan pernah beraksi dengan Harimau Muda dan mula bermain di peringkat senior pada 2016 namun memilih ke PKNS pada 2018," katanya. - Bernama