X

Kindly register in order to view this article
!

Inisiatif MOTAC: Hotel bajet lebih sesuai

MyBHA Perak sambut baik inisiatif MOTAC jadikan hotel sebagai penempatan sementara pekerja, namun perlu penambahbaikan supaya benar-benar membantu pemain industri. Gambar kecil: Zamari
A
A

IPOH - Inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk menjadikan hotel sebagai penempatan sementara pekerja dilihat sesuai dilaksanakan di hotel bajet.

Pengerusi Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) Perak, Zamari Muhyi berkata, mengambil contoh di Perak, hampir semua daerah di negeri ini mempunyai hotel bajet sekali gus mampu menampung keperluan bilik penginapan yang bakal diperuntukkan.

Menurutnya, untuk rekod terdapat lebih 118 hotel bajet di Perak dan 78 daripadanya merupakan ahli MyBHA Perak yang berdaftar dengan MOTAC.

"Kita menyambut baik usaha yang dilakukan oleh MOTAC untuk membantu industri perhotelan, namun penambahbaikan untuk inisiatif berkenaan perlu dibuat supaya benar-benar membantu pemain industri.

"Antara yang perlu disemak ialah caj bagi setiap orang sebanyak RM220 kerana jumlah tersebut agak rendah dan masih tidak mampu menanggung kos lain yang terpaksa dihadapi pihak hotel," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai inisiatif MOTAC menjadikan hotel sebagai penempatan sementara pekerja mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

ARTIKEL BERKAITAN: MOTAC tawar hotel sebagai penginapan sementara pekerja

Zamari berkata, insentif tambahan setiap bulan atau setiap pekerja yang menginap dicadangkan bagi membolehkan pihak hotel menampung kos pembersihan, sanitasi dan bil-bil utiliti lain.

Menurutnya, penggunaan hotel sebagai tempat penginapan sementara itu juga menyebabkan pengusaha berdepan risiko kerosakan harta benda di bilik hotel berkenaan jika tiada pemantau dibuat terhadap pekerja yang ditempatkan di situ.

Katanya, pihak MOTAC perlu berbincang dengan pemain industri untuk memastikan inisiatif tersebut benar-benar memberikan situasi menang-menang kepada pengusaha hotel dan kerajaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!