X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Isu capaian internet lemah dalam pengetahuan Tengku Zafrul

Tengku Zafrul (tengah) diiringi Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar (kanan) dan Rizam (kiri) pada lawatannya ke Jeti Nelayan Kampung Empat Simpang Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam pada Ahad.
A
A

SABAK BERNAM - Isu capaian internet yang sangat lemah dan kurang memuaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar sudah dibawa kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa lawatan beliau ke DUN itu pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata, masalah penebusan jalan lebar sehingga menyukarkan pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian itu dijangka akan dibawa Tengku Zafrul ke peringkat kementerian.

"Saya yakin Tengku Zafrul memandang serius isu capaian internet yang kurang memuaskan dan akan berusaha memastikan masalah ini dapat diatasi sepenuhnya," katanya selepas lawatan Tengku Zafrul ke DUN Sungai Air Tawar di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kebanyakan kampung di DUN Sungai Air Tawar masih mengalami masalah liputan internet kurang memuaskan sehingga menyukarkan pelaksanaan PdPR secara dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Banyak rungutan daripada ibu bapa dan guru berhubung masalah capaian penebusan jalur lebar yang amat perlahan di kawasan terbabit.

Sementara itu, Rizam berkata, selain masalah capaian internet, Tengku Zafrul juga mendengar sendiri keluhan dihadapi golongan nelayan, petani dan pekebun kecil.

"Walaupun beliau tidak mengumumkan apa-apa peruntukan tetapi saya yakin beliau akan membantu mereka yang terkesan, tambahan pula beliau sendiri sanggup meluangkan masa bertemu dengan rakyat walaupun pada hari cuti," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!