Pengurus gudang kartel di Puchong direman dua hari

Sebuah gudang kartel daging sejuk beku di Puchong, Selangor diserbu pada Jumaat.
Sebuah gudang kartel daging sejuk beku di Puchong, Selangor diserbu pada Jumaat.
A
A
A

PUCHONG - Seorang pengurus syarikat sebuah gudang kartel daging sejuk beku di sini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut.

Sumber Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berkata, reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu bermula Ahad.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti rangkaian gudang itu. Maqis juga akan menyiasat bagaimana kemasukan daging tidak sah itu berlaku.

"Kita tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang yang ada," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Maqis mengesyaki terdapat kegiatan pembungkusan semula yang dilakukan di gudang terbabit.

Serbuan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Maqis dan agensi penguat kuasa lain itu bertindak merampas

daging sejuk beku seludup yang dimuatkan dalam tiga buah kontena.

Maqis dalam kenyataan kepada Sinar Harian berkata, hasil pemeriksaan dan maklumat awal mendapati, sumber daging yang ditemui tersebut bercampur aduk dari rumah penyembelihan yang tidak diluluskan bersama yang diluluskan oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Jelas kenyataan itu, sehingga lewat malam, PDRM dan Maqis bertungkus-lumus mengira kuantiti daging yang disita untuk ditempatkan di tempat tahanan Maqis.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 11 dan 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).