FAMA bantu mangsa banjir di Pahang

Zainal Abidin (tiga dari kiri) dan Abdul Rashid (kanan) membuat lawatan gerai jualan selepas gimik pelepasan Misi Bantuan Banjir Usahawan FAMA Selangor di Pasar Tani Stadium Shah Alam pada Ahad.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Zainal Abidin (tiga dari kiri) dan Abdul Rashid (kanan) membuat lawatan gerai jualan selepas gimik pelepasan Misi Bantuan Banjir Usahawan FAMA Selangor di Pasar Tani Stadium Shah Alam pada Ahad. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyampaikan sumbangan berupa pakaian dan barangan keperluan bernilai RM30,000 kepada mangsa banjir di Pahang.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata, barangan keperluan berkenaan dibeli daripada wang hasil kutipan sumbangan daripada pengunjung dan peniaga di 44 pasar tani seluruh Selangor.

"Sumbangan berupa pakaian, beras dan gula akan diserahkan kepada 138 ketua isi rumah di Kampung Paya Kechik Batu 4 Jalan Mertakab, Temerloh, Pahang diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban penerima," katanya semasa memberi ucapan pada majlis pelepasan konvoi bantuan berkenaan di Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah FAMA Selangor, Abdul Rashid Bahri dan Pengerusi Pasar Tani Negeri Selangor, Zul Ahmad.

Zainal Abidin berkata, sumbangan bagi Misi Bantuan Bencana Banjir adalah antara projek Jawatankuasa Pasar Tani Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban serta memberi keceriaan buat individu serta keluarga yang hilang sumber pendapatan disebabkan bencana.

"Sumbangan mula dikutip sejak 10 Januari lalu sehingga semalam (Sabtu) di 44 pasar tani seluruh Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, misi sumbangan berkenaan bagi mewujudkan rasa kepedulian dan ihsan usahawan terhadap kesengsaraan orang lain selain sebagai tanggungjawab sosial peniaga pasar tani.

"Semoga program ini menjadi satu daripada usaha momentum keprihatinan semua usahawan dan pengunjung pasar tani tanpa mengira latar belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta mampu meringankan sedikit kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik yang terbabit dengan bencana alam.

Artikel Berkaitan:

"Misi ini juga mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Pahang melalui Jawatankuasa Operasi Banjir Daerah Temerloh bagi menghantar bantuan terbabit," katanya. - Bernama