'Kayuhan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali'

Polis mendapati masih terdapat penunggang basikal yang ingkar SOP ketika melakukan aktiviti itu ketika PKP.
Polis mendapati masih terdapat penunggang basikal yang ingkar SOP ketika melakukan aktiviti itu ketika PKP.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberi peringatan kepada penunggang basikal supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya mendapati terdapat penunggang basikal yang melakukan aktiviti itu secara berkumpulan di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Ampang dan Jalan Merbok.

Katanya, merujuk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP aktiviti berbasikal.

"Aktiviti berbasikal hanya dibenarkan berseorangan dan kayuhan tidak melebihi 10 kilometer dari tempat tinggal (kediaman).

"Kayuhan berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama sekali walaupun keluar dari rumah berseorangan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, orang ramai yang didapati ingkar dan tidak mematuhi arahan ini khususnya yang berbasikal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur akan diambil tindakan kompaun di atas ketidakpatuhan tersebut.

Tegasnya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa juga yang melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi IPD Dang Wangi

Artikel Berkaitan:

di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya.

A post shared by SinarHarian (@sinarharian)