PGA rampas 36 tong pati arak, 1,353 botol wiski hampir RM1 juta

Antara lelaki yang ditahan dalam serbuan berkenaan.
Antara lelaki yang ditahan dalam serbuan berkenaan.
A
A
A

MUAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sembilan lelaki serta merampas 36 tong pati arak jenis wiski dan 1,353 botol wiski sekitar Bukit Gambir, Tangkak di sini pada Jumaat.

Komander PGA Briged Tengah, Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, menerusi serbuan pada jam 7 malam itu, lima lelaki tempatan dan empat lelaki warganegara Indonesia berusia dari 17 hingga 50 tahun ditahan.

"Menerusi serbuan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 6 PGA Bakri, Muar itu, 36 tong berisi 7,200 liter pati wiski dan 1,353 botol wiski pelbagai jenama melibatkan 4,89.615 liter lingkungan 40 sehingga 42.8 peratus alkohol dirampas.

"Nilai rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM900,308. Menerusi rampasan ini kita berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran arak jenis beer dan wiski di Muar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967, Seksyen 6 (1) Akta Imegresen 1959/63, dan Seksyen 74 Akta Aksis.

Artikel Berkaitan: