Moyes kecewa Soucek dilayang kad merah

Layangan kad merah kepada Soucek tidak seharusnya berlaku.
Layangan kad merah kepada Soucek tidak seharusnya berlaku.
A
A
A

LAYANGAN kad merah terhadap pemain West Ham, Tomas Soucek pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Fulham di Caravan Cottage pada awal pagi Ahad nyata insiden yang mengecewakan.

Menurut pengendali West Ham, David Moyes perkara itu tidak seharusnya berlaku dan keputusan melayangkan kad merah berkenaan nyata keputusan yang ‘memalukan’ daripada pengadil perlawanan, Mike Dean.

Katanya, insiden berkenaan tambah ‘memalukan’ apabila Video Pembantu Pengadil (VAR) turut memaparkan insiden melibatkan Soucek dan penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic sebagai insiden biasa dan tidak melibatkan sebarang kekasaran.

“Saya benar-benar kecewa kerana insiden berkenaan tidak seharusnya melibatkan layangan kad merah dan pengadil sepatutnya meneruskan sahaja perlawanan.

“Tambahan pula mereka (pengadil) boleh berbuat sesuatu untuk batalkan keputusan itu, tetapi mereka tidak berbuat demikian,” katanya.

Pada perlawanan awal pagi Ahad, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dan menyaksikan West Ham berada pada kedudukan kelima dengan 39 mata manakala Fulham pada kedudukan ke-18 dengan hanya mengumpul 15 mata.

Sementara itu bagi mengulas berhubung layangan kad merah berkenan, Soucek berkata, dia berterima kasih kerana Mitrovic turut menegaskan bahawa layangan kad merah itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, pertembungan yang berlaku antara mereka adalah pertembungan biasa dalam perlawanan bola sepak.

Artikel Berkaitan:

“Saya telah bercakap dengan Mitrovic dan daripada penjelasannya dia mengatakan bahawa pertembungan kami adalah pertembungan biasa, malangnya, pengadil pula mempunyai tanggapan yang berbeza.

“Sebenarnya, semua pemain yang mengenali saya tahu bahawa saya tidak pernah bermaksud mengasari mereka,” katanya.