Kebakaran hutan New Zealand dijangka berterusan

Kebakaran bermula minggu lalu dalam keadaan panas terik. - Foto AFP
Kebakaran bermula minggu lalu dalam keadaan panas terik. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Kebakaran hutan yang melanda New Zealand sejak awal minggu lalu dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, namun ia dilaporkan semakin jauh dari penempatan penduduk.

Kira-kira 3,000 penduduk Wakefield yang diarah pindah Sabtu lalu ekoran kebakaran yang melanda hanya dua kilometer dari kawasan kediaman mereka kini dibenarkan pulang, namun penduduk dingatkan bahawa arahan pemindahan akan dikeluarkan semula sekiranya perlu.

Ketua Bomba John Sutton berkata, walaupun keadaan sedikit reda, namun ia terlalu awal untuk mengatakan kebakaran telah berjaya dikawal.

"Keadaan di luar sana masih panas dan masih banyak kawasan yang terdedah," kata Sutton sambil menambah pasukan bomba akan meneruskan usaha memadam kebakaran hingga bulan depan.

Setakat ini, kebakaran telah memusnahkan sebuah kediaman namun tiada laporan kematian atau kecederaan diterima.- AFP

Artikel Berkaitan: