[EKSKLUSIF] Kurangkan jumlah subjek

Gambar kecil: Azlin
Gambar kecil: Azlin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu terus kekal namun memerlukan penambahbaikan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.

Pengerusi Pusat Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata, penambahbaikan boleh dilakukan dengan mengurangkan subjek yang perlu diambil dalam SPM kerana jumlah lapan hingga 11 subjek dalam tempoh peperiksaan lebih kurang sebulan terlalu banyak dan berat kepada pelajar.

“Ini akan menjejaskan kefahaman selain menambah tekanan yang menyebabkan budaya menghafal dan belajar untuk peperiksaan. Habis sahaja peperiksaan mereka lupa semua yang dipelajari.

“Saya cadangkan semasa Tingkatan Empat, pelajar mungkin boleh mengambil lima subjek dan semasa Tingkatan Lima boleh ambil baki subjek lain seperti kaedah semester di universiti..semester 1 (Tingkatan Empat) dan semester 2 (Tingkatan Lima),” katanya sambil menambah jika ada subjek yang gagal ketika semester pertama, boleh diulang semasa Tingkatan Lima.

Menurutnya, pendidikan dan pensijilan merupakan elemen penting dalam memastikan masa depan anak bangsa terus terpelihara dan maju terutama bagi keluarga berpendapatan sederhana atau miskin yang mengharapkan anak-anak meraih keputusan cemerlang dalam SPM untuk mengubah masa depan menjadi lebih baik.

Artikel Berkaitan: