PBNP guna peguam antarabangsa

FIFA telah mengarahkan PBNP untuk membayar RM4.9 juta kepada Sumareh.
FIFA telah mengarahkan PBNP untuk membayar RM4.9 juta kepada Sumareh.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan khidmat peguam di peringkat antarabangsa berhubung arahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan PBNP membayar RM4.9 juta kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, khidmat peguam berkenaan diperlukan berikutan mereka lebih arif mengenai perundangan di FIFA.

“PBNP akan merujuk perkara ini kepada barisan peguam PBNP dan kemungkinan besar lantik peguam sukan antarabangsa yang mahir dengan FIFA untuk membantu PBNP dalam urusan ini.

“Ya, kita sudah pun menerima surat daripada FIFA mengenai perkara ini dan dalam surat berkenaan ada dinyatakan terma-terma yang mengatakan kita juga ada hak untuk membuat rayuan serta mendapatkan alasan kehakiman daripada FIFA dalam tempoh 10 hari.

“Oleh itu, dalam tempoh 10 hari nanti, PBNP melalui peguam yang dilantik mengendalikan kes berkenaan sebelum ini akan berurusan dengan FIFA untuk mendapatkan alasan penghakiman atau apa-apa yang diperuntukkan oleh surat berkenaan di bawah kuasa FIFA,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Terdahulu, Sumareh yang juga pemain naturalisasi negara telah mengemukakan aduan kepada FIFA dengan mendakwa tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ketika beraksi bersama Pahang musim 2020 lalu.

FIFA kemudiannya mendapati PBNP telah gagal membuat pembayaran gaji berkenaan sebagaimana yang termaktub dalam kontrak yang ditandatangani sebelum itu dan arahkan badan induk bola sepak negara itu untuk membayar RM4.9 juta kepada Sumareh.

Tambah Mohammed Suffian, pihaknya juga menyerahkan kepada pihak peguam yang dilantik nanti sekiranya perkara berkenaan akan dibawa hingga ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Artikel Berkaitan:

“Keputusan untuk membawa perkara ini ke CAS atau tidak bukan keputusan saya tetapi keputusan daripada pihak perundangan (peguam) dan saya tidak boleh mendahului pandangan mereka,” katanya.