X

Kindly register in order to view this article
!

Huthi dikeluarkan daripada senarai pertubuhan pengganas

Kumpulan puak di Yemen membantah keputusan Trump yang melabel Huthi sebagai pengganas. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah memaklumkan secara rasmi kepada Kongres bahawa ia akan mengeluarkan gerakan Huthi daripada senarai pertubuhan pengganas asing.

"Setiausaha Negara, Antony Blinken telah membuat semakan segera terhadap keputusan pentadbiran bekas Presiden Donald Trump yang melabel Huthi sebagai pengganas yang turut memberi impak besar kepada rakyat Yemen yang berdepan kebuluran dan bencana kemanusiaan terburuk di dunia.

"Selepas penilaian secara komprehensif, kami mengesahkan Blinken mahu mengeluarkan Huthi daripada senarai tersebut," kata pegawai Jabatan Negara pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat sehari selepas pentadbiran Biden mengumumkan AS tidak lagi menyokong peperangan ke atas Yemen termasuk membekukan penjualan senjata kepada Riyadh yang mengetuai operasi ketenteraan gabungan Arab sejak lebih lima tahun lalu.

Pada 11 Januari lalu, bekas Setiausaha Negara, Mike Pompeo mengumumkan Trump mahu menyenaraikan Huthi sebagai pengganas sebagai cubaan meningkatkan tekanan terhadap gerakan tersebut dan keputusan itu dibuat pada saat akhir sebelum beliau meninggalkan Rumah Putih. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!