Padah ugut ayah guna pisau

Suspek berusia 31 tahun (kiri) dan suspek 18 tahun.
Suspek berusia 31 tahun (kiri) dan suspek 18 tahun.
A
A
A

KULIM - Dua beradik lelaki yang sanggup mengugut bapa mereka dengan pisau semata-mata kerana wang ditahan polis, di Kampung Sekolah Merbau Pulas, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 60 tahun diugut dua suspek berusia 18 dan 31 tahun terbabit di rumahnya.

Menurutnya, bimbang keselamatan diri, mangsa bersama ibunya tampil membuat laporan polis.

"Kejadian seperti ini sering terjadi ke atas mangsa bersama ibunya. Susulan laporan itu, polis telah melakukan tangkapan pada jam enam petang," katanya.

Beliau berkata, polis merampas pisau panjang berukuran kira-kira 23cm yang digunakan dalam kejadian itu.

"Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian ini dan siasatan mendapati suspek berusia 31 tahun mempunyai rekod jenayah lampau.

"Hasil ujian air kencing ke atas mereka mendapati negatif dadah," katanya.

Artikel Berkaitan: