Pemuda UMNO Johor gesa haramkan buku Tommy Thomas

Mohd Hairi (tengah) menunjukkan laporan yang dibuat supaya buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas diharamkan di pekarangan IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru pada Sabtu.
Mohd Hairi (tengah) menunjukkan laporan yang dibuat supaya buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas diharamkan di pekarangan IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Johor mahu kerajaan mengharamkan buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang dilihat mengandungi pelbagai dakwaan tidak berasas.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, buku itu juga memesongkan fakta sejarah negara selain bersifat prejudis dan tidak beretika.

"Antara tuduhan dalam buku ini adalah dakwaan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dalang kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, pelantikan jawatan tertinggi kehakiman negara diputuskan Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut memperlekeh Jabatan Peguam Negara.

"Seterusnya Tommy Thomas berulang kali mencemuh parti UMNO dalam penulisannya selain turut mendakwa kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada perlanggaran lori bomba yang sedang mengundur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan buku tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada Sabtu.

Mohd Hairi berkata, empat laporan polis dibuat Pemuda UMNO Johor, UMNO Bahagian Johor Bahru, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dewan Muda Johor dan Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat tengah hari Sabtu, sebanyak 16 laporan polis telah dibuat terhadap Tommy Thomas di seluruh Johor.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 203 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.