Polis tahan 11 individu berpesta liar

Polis tahan 11 individu kerana terlibat dengan parti liar dalam dua serbuan berasingan di sebuah hotel di Bukit Mertajam.
Polis tahan 11 individu kerana terlibat dengan parti liar dalam dua serbuan berasingan di sebuah hotel di Bukit Mertajam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 individu termasuk tiga wanita ditahan kerana terlibat dengan parti liar dalam dua serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Machang Bubok pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, serbuan dilakukan jam 2.20 pagi itu menerusi Op Pusat Hiburan hasil maklumat awam dan risikan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Menurutnya, dalam serbuan pertama pihaknya memeriksa empat lelaki dan seorang wanita yang ketika itu sedang leka berhibur.

"Hasil pemeriksaan dibuat menemui peket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah ketamin seberat 2.07 gram dan sebiji pil dadah jenis ekstasi seberat 0.62 gram.

"Ujian saringan air kencing pula mendapati kesemua mereka positif dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam serbuan kedua, Shafee berkata, di bilik berasingan pihaknya memeriksa empat lelaki dan dua wanita yang turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, dalam pemeriksaan itu polis tidak menemui sebarang bahan terlarang, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapat lima daripada mereka positif dadah.

"Selain terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, kesemua mereka juga dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut Peraturan 15 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang berusia di antara 20 hingga 40 tahun itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk tindakan lanjut," katanya.