Kerajaan PN peruntuk RM100,000 kepada ahli Parlimen pembangkang

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh memaklumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk memperuntukkan RM100,000 kepada ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata, kerajaan memberi peruntukan tersebut selepas 32 ahli Parlimen pembangkang termasuk beliau menuntut peruntukan sama rata diberikan kepada semua ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang pada Khamis.

Menurutnya, dana berkenaan akan diletakkan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri dan beliau boleh memohon untuk menggunakannya untuk pelbagai program di Segambut pada tahun ini.

“Dana RM3.5 juta untuk kawasan Segambut (yang saya persoalkan sebelum ini, yang mana ahli politik PN mempunyai akses dan kawalan terhadap dana ini) turut datang daripada ICU.

“Setakat hari ini, wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan MCA kata mereka tak tahu apa-apa tentang hal ini. Kami akan terus beri tekanan untuk mendapatkan jawapan,” katanya melalui hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hannah mengaku turut terharu dengan maklum balas daripada penduduk dan penyokong yang memberi sumbangan untuk pejabatnya.

“Jumlah RM160,055.08 (berjaya) didapatkan kerana 1,217 penderma percaya dengan apa yang kami lakukan.

“Terutamanya, saya tersentuh dengan seorang penderma yang memasukkan RM25 dengan nota ‘Love from Sabah’ (Sayang dari Sabah).

Artikel Berkaitan:

“Pemberian kasih sayang sebanyak RM160,055.08 ini akan membantu kos operasi pejabat saya dan menampung kami untuk setengah tahun. Bagi pihak pasukan #Segambut, kami ucapkan terima kasih!” katanya.