Kluster Pasai penyumbang terbesar kes positif di Sarawak

Kluster Pasai yang mula dikesan di Sibu pada 9 Januari lalu terus menjadi penyumbang terbesar kes positif Covid-19 di Sarawak dengan penambahan 77 kes positif dilaporkan pada Sabtu.
Kluster Pasai yang mula dikesan di Sibu pada 9 Januari lalu terus menjadi penyumbang terbesar kes positif Covid-19 di Sarawak dengan penambahan 77 kes positif dilaporkan pada Sabtu.
A
A
A

KUCHING - Setelah hampir sebulan, Kluster Pasai yang mula dikesan di Sibu pada 9 Januari lalu terus menjadi penyumbang terbesar kes positif Covid-19 di Sarawak dengan penambahan 77 kes positif dilaporkan pada Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, penambahan jumlah kes positif itu menjadikan jumlah keseluruhan melibatkan kluster berkenaan kini meningkat kepada 2,288 kes.

“Seramai 25,500 individu telah disaring di dalam kluster ini dan 22,250 didapati negatif manakala 962 masih menunggu keputusan makmal,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Sementara itu, JPBN memaklumkan terdapat 185 kes positif Covid-19 yang dikesan di Sarawak pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif akibat virus itu di negeri ini meningkat kepada 5,457 kes.

Selain itu, sehingga Sabtu terdapat 14 kluster Covid-19 yang masih aktif di Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan: