Geng pecah masuk pejabat tumpas

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli
A
A
A

KLANG - Polis menumpaskan geng pecah masuk pejabat dengan tertangkapnya lima lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini, pada Rabu

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan pertama kira-kira jam 3.30 petang di Jalan Kapor Pandamaran berjaya menahan tiga lelaki.

"Susulan itu, dua lagi suspek ditahan masing-masing di Pandamaran dan Pandamaran Jaya.

"Operasi ini bertindak merampas sebuah motosikal jenis SYM dan kereta jenis Proton Iswara selain mesin drill dan gerudi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, tangkapan itu susulan satu laporan yang diterima daripada seorang pengurus kilang selepas pejabat syarikat pembekal barangan perkakasan yang kerugian kira-kira RM1,000 selepas pelbagai barang dan wang tunai dilarikan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, empat suspek mengaku terlibat dalam kes terbabit manakala seorang adalah pembeli barangan curi tersebut.

"Semakan rekod juga mendapati, kesemua suspek memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya.

Tambahnya, polis percaya geng ini telah aktif sejak awal Januari lalu dan kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 47 tahun itu kini ditahan reman serta disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: