Pemandu maut dua kereta bertembung

Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat kemalangan di Jalan Bahau-Rompin, semalam.
Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat kemalangan di Jalan Bahau-Rompin, semalam.
A
A
A

JEMPOL - Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 6 Jalan Bahau-Rompin, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohamad Zamirhakim Rahmad 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Jempol, Superintendan Muhd Hishamudin Hashim berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Iswara yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan, lalu memasuki laluan bertentangan.

Katanya, akibat daripada itu kenderaan mangsa dipercayai merempuh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat beranak.

"Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian, manakala penumpangnya cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Jempol,"katanya.

Tambahnya, pemandu kereta Honda yang berusia 35 tahun patah kaki kiri serta cedera di badan di hantar ke Hospital Jempol, manakala isterinya, di bawa ke Hospital Kuala Pilah, dan dua anak mereka tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Artikel Berkaitan: