Penutupan kawasan riadah di Petaling Jaya selaras Akta 342

Penutupan Taman Jaya dan Taman Pendidikan Bukit Gasing adalah selaras dengan Akta 342.
Penutupan Taman Jaya dan Taman Pendidikan Bukit Gasing adalah selaras dengan Akta 342.
A
A
A

PETALING JAYA - Penutupan taman awam dan Taman Pendidikan Bukit Gasing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 adalah selaras dengan Seksyen 24, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (1988) (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi satu kenyataan pada Sabtu berkata, sehingga kini, taman berkenaan masih ditutup kepada orang awam untuk sebarang aktiviti bagi menjaga keselamatan orang awam dan mengelakkan penularan Covid-19.

"Ia juga antara usaha MBPJ dalam menangani penularan wabak ini dengan melihat kadar kes jangkitan di Selangor yang semakin meningkat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna kesal MBPJ tutup kawasan riadah

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan mengenai rungutan penduduk terhadap tindakan MBPJ yang menutup dua kawasan riadah popular sepanjang PKP ini iaitu Taman Jaya dan Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Mereka menganggap tindakan itu bertentangan dengan arahan kerajaan yang tidak menghalang orang ramai dan pejalan kaki beriadah asalkan mengikut peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dalam pada itu, Seketeriat berkata, orang ramai masih diberi kelonggaran untuk melakukan aktiviti joging dalam kumpulan namun tidak melebihi dua orang di dalam kawasan kejiranan sahaja.

"Selain itu aktiviti basikal secara berseorangan turut dibenarkan dengan tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, MBPJ berharap orang awam dapat bersabar dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.