MAFI salur RM146,100 bantu petani terjejas banjir di Kelantan

Che Abdullah (kanan) menunjukkan bantuan di bawah misi MAFI Prihatin Kelantan yang akan diagihkan kepada petani di Tanah Merah.
Che Abdullah (kanan) menunjukkan bantuan di bawah misi MAFI Prihatin Kelantan yang akan diagihkan kepada petani di Tanah Merah.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM146,100 bagi membantu petani yang terjejas dengan musibah banjir yang melanda negeri ini pada penghujung tahun lalu dan awal Januari lepas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, peruntukan di bawah program MAFI Prihatin itu melibatkan seramai 1,461 petani.

"Sumbangan ini merupakan tanda sokongan kerajaan kepada petani yang terjejas untuk kembali bangkit dan meneruskan tugas mereka membekalkan sumber makanan pada negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang pada Sabtu.

Menurutnya, hampir 90 peratus petani yang merupakan ahli PPK terkesan dengan musibah itu telah menerima sumbangan tersebut.

Beliau berkata, baki 180 penerima di lima buah PPK akan diagihkan secara berperingkat.

Che Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan cek dari Tabung Bencana Tanaman Padi bernilai RM134,499.60 kepada wakil petani di PPK Rantau Panjang.
Che Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan cek dari Tabung Bencana Tanaman Padi bernilai RM134,499.60 kepada wakil petani di PPK Rantau Panjang.

Pada majlis yang sama, Che Abdullah turut menyampaikan cek dari Tabung Bencana Tanaman Padi bernilai RM134,499.60.

Katanya, bantuan itu melibatkan seramai 38 orang petani yang mengalami kerugian selepas padi yang diusahakan mereka musnah ditenggelami banjir di Kampung Bendang Luar pada Oktober dan November tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, terdahulu Ahli Parlimen Tumpat itu turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada 62 ahli PPK Gual Ipoh, Tanah Merah yang terkesan dengan bencana banjir sebelum ini.

Bantuan di bawah Misi MAFI Prihatin Kelantan itu melibatkan petani dari kawasan Air Belaga, Bukit Samak, Sokor, Kuala Tiga, Cermin, Kusial Bharu, Kuala Paku, Peralla, Bukit Pauh dan dan Paku.