X

Kindly register in order to view this article
!

Kempen #KitaMintaLima mohon lima perkara kepada Agong

Kempen #KitaMintaLima yang bermula semalam telah menjadi trending nombor satu di negara ini pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM – Kempen #KitaMintaLima yang memohon lima tuntutan berkaitan pandemik Covid-19 menjadi trending di media sosial.

Tidak diketahui siapa yang menggerakkan kempen #KitaMintaLima terbabit, ia bermula pada Jumaat dan telah menarik pengguna media sosial serta menjadi trending nombor satu di negara ini pada Sabtu.

Menerusi poster di media sosial, #KitaMintaLima memohon lima perkara kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ke bawah DYMM Tuanku, patik sekalian rakyat Malaysia memohon pertamanya, perintah kawalan yang bersasar dan efektif. Kedua, sokongan penuh kepada frontliners dengan menyalurkan segala sumber bagi melawan Covid-19. Ketiga, moratorium bank automatik dan bantuan tunai kepada rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Keempat, penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara adil dan saksama. Kelima, peranti dan data internet kepada semua pelajar dengan segera.

“Atau tukar kerajaan. Menjunjung kasih Tuanku,” kata tulisan di poster berkenaan.

Sebelum ini, wujud persoalan terhadap SOP yang diumumkan oleh kerajaan sehingga menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Antara yang menjadi persoalan sebelum ini adalah memansuhkan sekatan rentas negeri dan melonggarkan SOP ketika kes semakin naik.

Selain itu, pelbagai pihak juga menggesa agar kerajaan membuat pelanjutan tempoh moratorium pinjaman dapat diberikan secara automatik kepada peminjam sepanjang tempoh darurat dan PKP 2.0.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!