Ahli politik mesti berpendidikan

Megat Muhammad
Megat Muhammad
A
A
A

SEREMBAN - Muafakat Anak Muda Port Dickson menyelar tindakan beberapa pemimpin PH yang menyatakan ahli politik tidak perlu berpendidikan tinggi.

Pengerusinya, Megat Muhammad Faris berkata, ahli politik seharusnya berpelajaran dan berpendidikan bagi memperkasa hala tuju Malaysia Baharu.

"Rakyat sentiasa mahukan pemimpin yang berpelajaran dan mempunyai nilai tambah yang baik bagi perkembangan modal insan yang lebih berkualiti.

"Ahli politik yang tidak berpelajaran boleh dianggap sebagai individu yang tidak mampu membawa negara ke arah lebih maju pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, isu melibatkan pendidikan kini hangat dibahaskan dalam kalangan ahli politik terutamanya mereka yang berjawatan dalam Kabinet.

"Ia sangat memalukan apabila terdapat beberapa pemimpin yang terpalit dengan isu berkenaan.

"Sedangkan kita sedia maklum untuk membina negara dalam era Malaysia Baru ini perlu mempunyai pemimpin berpendidikan dan perkara ini tidak boleh disangkal," katanya.

Justeru itu, katanya, tindakan menyokong lahirnya pemimpin yang tidak berpelajaran tidak seharusnya berlaku.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Megat Muhammad berkata, terdapat juga pemimpin yang tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tetapi mempunyai pengalaman yang luas dalam politik.

Bagaimanapun, katanya, sebagai pemimpin mereka perlu berusaha untuk memajukan diri termasuk membantu rakyat dan mencari nilai tambah bagi pembangunan negara dan negeri.