Perkhidmatan bas medik di KL bermula hari ini

Petugas program membuat persediaan sebelum melakukan pemeriksaan ke atas peserta terlibat. Foto: Ihsan FB DBKL
Petugas program membuat persediaan sebelum melakukan pemeriksaan ke atas peserta terlibat. Foto: Ihsan FB DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga buah bas medik di bawah inisiatif Mymedic@Wilayah memulakan perkhidmatan pada Sabtu bagi membantu mereka yang memerlukan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara terus.

Menerusi kemaskini di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga buah bas berkenaan bergerak secara serentak bagi memberikan perkhidmatan di beberapa lokasi antaranya melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam (PA).

Katanya, perkhidmatan menerusi inisiatif Wilayah Peduli ini juga diuruskan oleh syarikat yang telah dilantik sebelum ini.

Orang ramai menanti giliran bagi mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan menerusi inisiatif itu. Foto: Ihsan FB DBKL
Orang ramai menanti giliran bagi mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan menerusi inisiatif itu. Foto: Ihsan FB DBKL

"Perkhidmatan bas medik beroperasi setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di 13 lokasi PPA/PA mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.

Mymedic@Wilayah merupakan inisiatif Wilayah Peduli yang diwujudkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bagi membantu golongan B40 dan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata, untuk permulaan, tiga buah bas akan disediakan bagi memberi perkhidmatan di kawasan yang tidak mempunyai klinik komuniti terdekat, PPR/PA dan perumahan kos rendah swasta sekitar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: