Polis Selangor tidak berkompromi anggota terlibat dadah

Arjunaidi
Arjunaidi
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor menegaskan tindakan mahkamah akan dikenakan terhadap pegawai atau anggotanya yang terlibat dengan kesalahan jenayah dan dadah.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, beliau tidak akan berkompromi sekiranya pegawai dan anggotanya dikesan melakukan kesalahan.

"Sebelum ini tindakan undang-undang telah pun diambil dan ini bukanlah kali pertama.

"Saya jelaskan, kita tidak akan berkompromi sama sekali...tidak akan!," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata demikian susulan penahanan seorang ketua balai polis di Selangor oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas didapati positif dadah jenis methaphethamine pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua balai polis ditahan positif dadah: Bukit Aman

Serbuan itu juga turut memeriksa tujuh anggota di balai yang sama.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, maklumat mengatakan beberapa orang pegawai dan anggota polis telah menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: