JPJ sita 19 kenderaan warga asing

JPJ menahan penunggang warganegara asing dan melakukan sitaan terhadap 18 buah motosikal dalam dalam Operasi Khas Pemandu/Penungang Warga Asing (Ops Pewa) di sekitar Muar pada Jumaat.
JPJ menahan penunggang warganegara asing dan melakukan sitaan terhadap 18 buah motosikal dalam dalam Operasi Khas Pemandu/Penungang Warga Asing (Ops Pewa) di sekitar Muar pada Jumaat.
A
A
A

MUAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menyita 12 kenderaan warga asing dalam Operasi Khas Pemandu/Penungang Warga Asing (Ops Pewa) di sekitar daerah ini pada Jumaat.

JPJ Johor dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, tindakan diambil di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 itu melibatkan 18 motosikal dan sebuah kereta.

"Salah sebuah motosikal tersebut dikesan mempamer nombor pendaftaran kenderaan lain. Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 108 APJ 1987.

"Seksyen ini memperuntukkan denda RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara. Pemandu dan penunggang yang ditahan itu melibatkan warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh," demikian menurut kenyataan itu yang dimuat naik pada Sabtu.

Jelas kenyataan itu, operasi itu dilakukan susulan maklumat orang awam ke atas operasi sama dijayakan di Johor Bahru pada Khamis bagi mengesan kesalahan pemandu dan kenderaan yang tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Selain itu, menerusi operasi khas bersasar berkenaan, sebanyak 98 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah APJ 1987 dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

Kenyataan itu turut menyebut, kesalahan lain yang dikesan ialah tiada lesen memandu, menggunakan kenderaan persendirian sebagai kenderaan perdagangan, membenarkan warga asing menunggang atau memandu kenderaan tanpa lesen memandu yang sah serta beberapa kesalahan teknikal kenderaan.

"Operasi ini bagi memastikan peraturan jalan raya dipatuhi, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain dan peraturan dipatuhi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi diketuai Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Johor, Mohamad Firdaus Mohamad Ibrahim membabitkan 14 anggota dan pegawai dari Unit Aduan dan Siasatan JPJ Negeri Johor dan Unit Operasi JPJ Cawangan Muar.