X

Kindly register in order to view this article
!

Elok cari ‘Jeneral’ baharu

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

AWANG setuju dengan Datuk Seri Khaled Nordin, patut sangat kita cari ‘Jeneral’ baharu untuk perangi wabak Covid-19.

Ini bukan bermakna kita tak hargai jasa dan sumbangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, malah kita tabik hormat pada dia.

Kata Naib Presiden UMNO itu, dalam keadaan wabak yang tak menentu sekarang perlu ada orang ‘yang bertanggungjawab memimpin pasukan merentasi kementerian, pelbagai jabatan dan agensi’.

Beliau juga berkata, sudah setahun wabak ini melanda negara tetapi tak nampak banyak perubahan. Awang rasa bukanlah niat Tuk Seri Khaled persoalkan apa yang dibuat Tan Sri Noor Hisham dan kawan-kawannya.

Tapi nampaknya kita perlu pendekatan baharu.

Awang sebetulnya kesian pada Tan Sri Nor Hisham. Awang rasa dia bergerak dengan tangan diikat ke belakang. Ada tindakan yang dia nak buat tapi tak boleh dibuat oleh pelbagai sebab lain.

Banyak keputusan politik mengatasi keputusan kesihatan.

Elok juga kita lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat.

Sejak Presiden Joe Biden masuk Rumah Putih beliau lancarkan gerakan baharu, menggantikan cara lama. Beliau guna pendekatan menyeluruh babitkan semua pihak.

Awang harap, jeneral baharu kelak akan lihat semuanya dari kaca mata yang segar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!