Pendatang Yahudi serang sekolah, cederakan beberapa pelajar

Sekumpulan peneroka haram Yahudi tiba berhampiran sekolah tinggi Urif.
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Beberapa pelajar Palestin mengalami kecederaan selepas peneroka haram Yahudi menyerbu sebuah sekolah menengah di perkampungan Urif di selatan Nablus, semalam.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau aktiviti penempatan haram Yahudi di utara Tebing Barat berkata, kumpulan pelampau terbabit adalah pendatang Israel dari penempatan Yitzhar.

Malah, beliau mendakwa kehadiran mereka diiringi pasukan keselamatan Israel yang lengkap bersenjata.

Daghlas berkata akibat pencerobohan itu berlaku pertempuran antara pelajar dan kumpulan peneroka haram terbabit.

Sekuang-kurangnya 10 pelajar mengalami kecederaan terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel.

Sekolah tinggi Urif telah berulang kali diserang oleh peneroka Israel sejak beberapa bulan lalu.

"Tentera Israel turut mengiringi keluar peneroka haram Yahudi tersebut dengan selamat dari kawasan sekolah," kata Daghlas. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia