Jangan jadikan guru mangsa: Maszlee

Maszlee
Maszlee
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berpandangan tindakan mendesak guru melaksanakan jadual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti mengajar di sekolah adalah tidak munasabah.

Kata Maszlee, kaedah itu perlu diketepikan dengan mengambil kira kepentingan autonomi guru mengikut kapasiti dan kemampuan murid berdasarkan lokaliti, keupayaan capaian internet serta peranti.

Beliau turut mendakwa, terdapat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang mengeluarkan surat arahan meminta guru untuk mengajar lima subjek sehari.

Sehubungan itu ujar beliau, pertimbangan dan budi bicara perlu menjadi tonggak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam normal baharu PdPR.

“Panduan PdPR yang dikeluarkan KPM beberapa hari lalu telah menimbulkan sedikit kegelisahan dalam kalangan warga guru.

“Saya berpandangan ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik hari ini, jangan jadikan para guru sebagai mangsa.

“Jika KPM benar-benar mahukan PdPR menjadi tunjang pembelajaran, KPM haruslah menjadikan guru sebagai sumber inspirasi negara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, guru sedaya upaya melaksanakan PdPR mengikut kemampuan dan kapasiti masing-masing walaupun pada masa sama mempunyai anak yang menjalani kaedah pembelajaran sedemikian.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, beliau turut meminta KPM meneliti isu kesihatan mental dan emosi guru yang melaksanakan PdPR sejak tahun lepas demi kecemerlangan pelajar.