DBKL tutup rumah urut tawar khidmat seks

Serbuan dibuat ke atas rumah urut itu setelah DBKL mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di lokasi berkenaan. Hantaran DBKL di Facebook.
Serbuan dibuat ke atas rumah urut itu setelah DBKL mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di lokasi berkenaan. Hantaran DBKL di Facebook.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup selepas menyerbu sebuah rumah urut di Jalan Genting Klang di sini pada Jumaat kerana menjalankan aktiviti pelacuran.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan dibuat setelah pihaknya membuat siasatan dan risikan awal selama tiga hari serta mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di lokasi berkenaan.

Katanya, tindakan penutupan premis itu dengan menutup (sealed) terhadap sebuah premis dilaksanakan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta tindakan sita 15 unit pelbagai peralatan premis.

"Hasil semakan di premis berkenaan juga mendapati seramai lima orang wanita tukang urut disyaki pekerja seks yang merupakan warganegara Vietnam telah diambil keterangan untuk proses dokumentasi.

“Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

"Operasi ini akan diteruskan dari masa ke masa,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: