Tambah baik kemudahan mesra OKU

Abdullah Bukhari
Abdullah Bukhari
A
A
A

SHAH ALAM – Pihak-pihak berkenaan diminta menambah baik segala infrastruktur dan kemudahan sedia ada agar lebih mesra orang kurang upaya (OKU) bagi memudahkan kehidupan harian golongan berkenaan.

Pensyarah CELPAD, IIUM yang juga adalah Presiden Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Abdullah Bukhari berkata, antara cabaran yang perlu dihadapi golongan OKU adalah melibatkan persekitaran dan sikap mentaliti sesetengah masyarakat.

“Dalam Islam, menyantuni OKU adalah sunah dan bukannya seperti 'melepaskan batuk di tangga', namun ada pihak yang pandang remeh perkara ini.

“Dari aspek persekitaran, kita lihat kebanyakan infrastruktur dan kemudahan sedia ada masih kurang mesra OKU. Semua masjid daerah dan negeri terutamanya perlu ada kemudahan untuk OKU. Bukan parkir sahaja, kena ada ‘hardware, software dan soulware’," katanya pada Program Wacana Al-Quran Siri ke-79 bertajuk ‘Santuni OKU peluang ke syurga' di Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

“Masjid perlu jadi masjid angkat kepada OKU, bukan sahaja sekadar sediakan fasiliti tetapi perlu sediakan pengisian dalaman kerana mereka juga tetamu ALLAH SWT, perlu dilayan sama rata,” katanya pada Program Wacana Al-Quran Siri ke-79 bertajuk ‘Santuni OKU peluang ke syurga yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Wacana tersebut dibawakan oleh CELPAD IIUM dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), IIUM CENTRIS, IIUM Disability Services Unit (DSU) dan Sahabat Yadim IIUM dengan misi MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah melalui Baca, Faham dan Amal.

Program itu turut menampilkan Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Aizan Sofia Amin dan Setiausaha Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa (Faqeh), Zaharatul Sophia Mohamed Amir Abas sebagai panel.

Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail bertindak sebagai moderator, manakala qari jemputan, Abdul Khair Jalil memperdengarkan surah Abasa, ayat satu hingga 16 dan surah al-Imran ayat 159.

Artikel Berkaitan:

Abdullah berkata, masjid perlu menjadi masjid angkat kepada OKU, bukan sekadar menyediakan fasiliti tetapi perlu menyediakan pengisian dalaman kerana golongan OKU juga adalah tetamu ALLAH SWT.

"Masyarakat Islam harus berperanan membantu dengan memberi tunjuk ajar dan membimbing kepada golongan istimewa ini ke jalan yang diredai agar mereka rasa dihargai dan tidak tersisih.

"Program berkaitan OKU juga perlu diperbanyakkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka belajar memahami dan peka terhadap sensitiviti golongan berkenaan," katanya.