Segera siasat Tommy Thomas

Thanenthiran (tengah) menunjukkan buku yang ditulis Tommy serta laporan polis di Balai Polis Butterworth pada petang Jumaat.
Thanenthiran (tengah) menunjukkan buku yang ditulis Tommy serta laporan polis di Balai Polis Butterworth pada petang Jumaat.
A
A
A

BUTTERWORTH - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas perlu disiasat berikutan komplot untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti), Datuk Seri RS Thanenthiran berkata, buku tulisan Tommy Thomas `My Story: Justice in The Wilderness’ jelas menceritakan terdapat bukti satu komplot untuk menjatuhkan Najib dengan fitnah.

"Selain memfitnah Datuk Seri Najib, beliau (Tommy Thomas) sebenarnya telah memfitnah Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia apabila mengatakan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah merasuah mereka atau 'bribe his way out'.

"Semua ini dinyatakan dengan jelas di dalam buku berkenaan pada muka surat 266 dan 267," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Butterworth di sini petang Jumaat.

Thanenthiran berkata, laporan polis dibuat atas rasa tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara yang patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan negara.

Mengulas lanjut kata Thanenthiran, Tommy Thomas di dalam buku itu turut menyatakan bahawa Jho Low telah memainkan satu peranan tunggal atau 'singular role' dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sehubungan itu, beliau menggesa agar Tommy segera disiasat bagi menjelaskan mengenai perkara yang terkandung di dalam buku terbabit.

"Jika ini benar, Datuk Seri Najib telah difitnah dan dituduh secara salah," katanya.

Artikel Berkaitan: