Polis Johor musnahkan bom zaman Perang Dunia Kedua

Polis memusnahkan sebutir bom lama jenis Aerial Bomb seberat 18 kilogram di Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Batu 13, Bakri, Muar, pada Jumaat.
Polis memusnahkan sebutir bom lama jenis Aerial Bomb seberat 18 kilogram di Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Batu 13, Bakri, Muar, pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor bersama Sub Unit UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar memusnahkan bom lama jenis Aerial Bomb seberat 18 kilogram di Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Batu 13, Bakri, Muar pada Jumaat.

Menurut satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Polis Johor pada Jumaat, kerja-kerja memusnahkan bom lama itu dilakukan pada jam 10 pagi dengan menggunakan teknik High Order melalui kaedah elektrik.

"Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.

"Bom tersebut dipercayai digugurkan dari udara ketika Perang Dunia Kedua di antara Disember 1942 hingga Ogos 1945," kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu polis Johor menyeru orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: