Trump bukan lagi 'manusia' pada 2020

Elizabeth Warren
Elizabeth Warren
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Donald Trump mungkin "bukan lagi manusia berotak" pada 2020, ketika jutawan itu dijangka bertanding pemilihan presiden bagi penggal kedua, kata calon Demokrat Elizabeth Warren.

Senator dari Massachusetts itu membuat kenyataan tersebut semasa acara kempen di Cedar Rapids, Iowa semalam.

"Setiap hari ada sahaja tweet rasis, tweet yang membenci...sesuatu yang sangat gelap dan hodoh dimuat naik Trump.

"Adakah ini sikap seorang presiden? Mungkin pada 2020 nanti beliau tidak akan menjadi pemimpin.

"Malah, mungkin dia bukan lagi seorang manusia yang berfikiran waras," kata Warren.

Warren yang juga musuh ketat Trump telah mengumumkan bertanding pada pemilihan presiden 2020 dalam usaha menyingkirkan bekas selebriti televisyen tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: