Kereta terbakar di KLIA

Anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan sebuah kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat.
Anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan sebuah kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Suasana tenang di pintu masuk lima dan enam, aras lima, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini gempar apabila sebuah kereta terbakar dalam kejadian pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, kejadian berlaku ketika pemilik memberhentikan kereta untuk menurunkan anak saudaranya yang akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati sebaik selesai menurunkan bagasi, pemilik kereta telah menutup suis enjin namun secara tiba-tiba satu kebakaran kecil telah berlaku di bahagian enjin kereta dan semakin marak.

"Anggota trafik KLIA yang sedang bertugas bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api sementara menunggu bantuan bomba," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pihak bomba KLIA kemudiannya tiba dan berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya.

"Hasil pemeriksaan oleh Airport Fire Rescue Services (AFRS) serta Balai Bomba dan Penyelamat KLIA terhadap kenderaan tersebut mendapati punca kebakaran adalah disebabkan berlakunya litar pintas yang bermula dari kotak fius kenderaan.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku, keadaan lalu lintas dan keluar masuk penumpang di terminal juga dalam keadaan terkawal," katanya.

Artikel Berkaitan: