X

Kindly register in order to view this article
!

Padah berkumpul di taman permainan

Mohd Fazley (kiri) semasa membuat lawatan bagi melihat SOP Covid-19 di sebuah kilang di sekitar Nilai 3 baru-baru ini.
A
A

NILAI - Polis mengeluarkan sebanyak 21 kompaun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta 342 sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam tempoh sehingga 3 Febuari lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pada PKP tahun lalu, pihaknya merekodkan sebanyak 24 kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berbanding hanya 21 kompaun pada PKP 2.0.

"Seramai 21 individu dikenakan kompaun sepanjang PKP 2.0. Antara kesalahan yang direkodkan ialah berkumpul di taman permainan pada waktu malam tanpa sebarang tujuan.

"Terdapat juga kesalahan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis-premis perniagaan dan beberapa kesalahan di sekatan jalan raya turut dikesan pada PKP 2.0 ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, ketidakpatuhan terhadap apa-apa perintah sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta 342 merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman di bawah akta yang sama.

Sementara itu, beliau berkata, IPD Nilai semakin bergiat aktif dalam melakukan pemantauan pematuhan SOP Covid-19 di semua kawasan tumpuan termasuk di pasar malam, pasar besar, semua premis perniagaan dan kawasan kilang.

Menurutnya, melalui pemantauan yang dilakukan di dua buah kilang di daerah ini pada Selasa mendapati orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Kita menasihatkan kepada pengusaha industri dan perniagaan supaya sentiasa patuh kepada SOP yang dikeluarkan oleh MKN.

"Bagaimanapun, pemeriksaan juga mendapati kesemua lokasi yang dilawati patuh kepada SOP PKP 2.0," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!