Polis berkas suspek kes samun

NIK EZANEE
NIK EZANEE
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah samun di Seri Setia, Sungai Way pada Sabtu lalu berjaya diberkas pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian itu suspek bertindak menyamun seorang peniaga dan melarikan beg yang mengandungi wang tunai dan barangan milik mangsa.

"Hasil maklumat risikan yang dijalankan, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Ria, Taman Medan dan berjaya memberkas suspek.

"Suspek merupakan warga tempatan berumur lingkungan 27 tahun dan disyaki terlibat dalam jenayah samun," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, dalam serbuan berkenaan, polis turut berjaya merampas barangan dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah tersebut.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah melibatkan Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dua lagi kes samun di sekitar kawasan Petaling Jaya.

"Suspek direman dua hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: