Warga emas, dua cucu selamat dalam kebakaran

Seramai sembilan anggota dari BBP Jengka dan lapan dari BBP Jerantut terlibat dalam operasi pemadaman rumah mangsa.
Seramai sembilan anggota dari BBP Jengka dan lapan dari BBP Jerantut terlibat dalam operasi pemadaman rumah mangsa.
A
A
A

JENGKA - Seorang warga emas bersama dua cucunya terselamat dalam kebakaran rumah di Felda Jengka 8 pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Saari Ahmad, 80, bersama cucu Latif Mohamad,14, dan Norfarhan Norzaili,6, berjaya diselamatkan jiran mereka.

Menantu Saari, Norzaili Mohd Azman, 56 memberitahu, ketika kejadian dia dan isteri berada di ladang melihat haiwan ternakan.

Menurutnya, dia kemudiannya bergegas pulang ke rumah selepas menerima panggilan daripada rakannya yang memaklumkan insiden berkenaan.

"Apabila sampai saya hanya melihat anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran. Anak tiri saya, Latif memberitahu, dia hanya menyedari kebakaran berlaku selepas keluar dari bilik air dan segera menyelamatkan diri.

"Saya bersyukur kerana mereka semua selamat walaupun tiada barang dapat diselamatkan," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima sumbangan daripada Pasar Raya Econsave Jengka yang disampaikan oleh pengurus cawangan itu, Azmi Shuib pada Jumaat.

Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank,156208168934 atas nama Norzaili Mohd Azman.

Sementara itu,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka, Penolong Penguasa Bomba,Raja Mohd Arif Raja Shamsudin berkata, seramai sembilan anggota dari BBP Jengka dan lapan dari BBP Jerantut terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, bomba menerima panggilan kira-kira jam 6.32 petang dan operasi tamat pada jam 7.57 petang dengan kemusnahan dianggarkan 75 peratus.

"Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.