Beruang kutub bikin kecoh

Kumpulan haiwan tersebut dilihat berkeliaran di laluan dilitupi salji di bandar Belushya Guba.
Kumpulan haiwan tersebut dilihat berkeliaran di laluan dilitupi salji di bandar Belushya Guba.
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Keadaan kecemasan diisytiharkan di Novaya Zemlya selepas 'pencerobohan' lebih 50 beruang kutub di bandar Artik di Rusia itu.

Langkah itu diumumkan pada Sabtu lalu selepas penduduk tempatan berdepan masalah itu selama beberapa minggu.

"Orang ramai takut mahu berada di luar. Aktiviti harian terganggu malah ibu bapa juga bimbang untuk benarkan anak mereka ke sekolah dan tadika," kata timbalan ketua pentadbiran tempatan, Aleksandr Minayev.

Bandar Belushya Guba paling teruk terjejas dengan masalah pencerobohan beruang kutub itu dan ia telah mendirikan beberapa pagar sebagai langkah berjaga-jaga.

Beberapa rakaman video menunjukkan haiwan tersebut berkeliaran di laluan bersalji, menyelongkar sisa makanan dan ada yang cuba memasuki rumah penduduk.

'Saya tinggal di Novaya Zemlya sejak 1983 dan tidak pernah lihat keadaan seperti ini. Ia seperti lebih selesa tinggal di bandar," ujar ketua pentadbiran tempatan, Zigansha Musin.

Difahamkan, beruang kutub tidak menyerang manusia dan ia biasanya memburu haiwan mamalia laut.

Namun, keadaan seperti itu boleh menyebabkan kecederaan serius atau dibaham hingga mati. - RT

Artikel Berkaitan: