Pemuda Kantoi bawa dadah ketika operasi SOP PKP

Mulkiaman (kiri) melihat motosikal dan barang bukti yang dimiliki oleh pemuda berkenaan ketika operasi penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 2.0 di Kuala Nerang pada Khamis.
Mulkiaman (kiri) melihat motosikal dan barang bukti yang dimiliki oleh pemuda berkenaan ketika operasi penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 2.0 di Kuala Nerang pada Khamis.
A
A
A

KUALA NERANG - Polis menahan seorang pemuda berusia 21 tahun bersama 0.5 gram jenis methaphetamine dalam operasi penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Kuala Nerang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, dadah tersebut digunakan sendiri oleh pemuda berkenaan yang bekerja kampung.

Selain itu, beliau berkata, pemuda tersebut turut dikenakan kompaun kerana didapati melanggar syarat PKP.

"Lelaki tersebut telah ditahan oleh polis dan kita memohon tahanan reman pada Jumaat. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, seramai enam individu dikenakan kompaun dalam operasi yang dijalankan bermula jam 10 malam itu.

"Di dalam penugasan tersebut, pihak polis telah melakukan pemeriksaan ke atas beberapa individu serta premis yang didapati melanggar syarat PKP.

"Polis akan terus melaksanakan penguatkuasaan SOP PKP ini dengan lebih kerap dan tiada sebarang kompromi dengan mana-mana individu yang ditahan," katanya.

Artikel Berkaitan: