APM tangkap tedung selar lima meter

Anggota APM bersama tedung selar yang ditangkap di Kampung Padang Lalang, Klewek.
Anggota APM bersama tedung selar yang ditangkap di Kampung Padang Lalang, Klewek.
A
A
A

TANAH MERAH - Penduduk di Kampung Padang Lalang, Klewek di sini, dikejutkan dengan penemuan seekor ular tedung selar sepanjang lima meter dengan berat 9 kilogram dalam semak, petang Khamis lalu.

Kehadiran ular itu disedari penghuni sebuah kediaman selepas melihat ular berkenaan keluar melalui kawasan terbabit.

Cemas dengan keadaan itu, penduduk melaporkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tanah Merah untuk bantuan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tanah Merah, Abd Fattah Abd Aziz berkata, pihaknya menggunakan alatan khas untuk menangkap ular berkenaan.

“Walaupun ia agak agresif, akhirnya kita dapat tangkap ular berkenaan dan dibawa ke pejabat APM Tanah Merah untuk tindakan susulan.

“Kita nasihatkan supaya sekiranya ular memasuki kediaman boleh terus hubungi talian 999,” katanya.

Abd Fattah berkata, jika berlaku keadaan seumpama ini, pastikan ular berada dalam keadaan menyorok bagi memudahkan tugas-tugas penangkapan.

“Jangan bertindak sendiri, dan jika telah hubungi pasukan penyelamat, tunggu sehingga mereka tiba di lokasi,” katanya.

Artikel Berkaitan: