Pelajar DUN Chetok dapat wifi percuma

PKD Chetok turut menyediakan kemudahan meja dan kerusi serta mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan.
PKD Chetok turut menyediakan kemudahan meja dan kerusi serta mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok yang sebelum ini berdepan masalah capaian internet boleh menarik nafas lega apabila Pejabat Khidmat Dun (PKD) berkenaan menyediakan wifi percuma.

ADUN Chetok, Zuraidin Abdullah berkata, langkah tersebut bertujuan meringankan beban pelajar sekolah dan penuntut universiti yang berdepan masalah capaian internet rendah bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta kelas dalam talian.

"Saya akui ada beberapa kampung di kawasan DUN Chetok berdepan dengan masalah capaian dan liputan internet yang tidak memuaskan.

"Malah, ada juga kampung yang langsung tidak ada liputan internet," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, bagi memastikan PdPR dan kelas dalam talian berjalan lancar, PKD Chetok menyediakan rangkaian internet yang berkelajuan tinggi.

Zuraidin yang merupakan Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO berkata, pihaknya teruja melihat para pelajar dapat menikmati kemudahan tersebut dengan sempurna.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengutamakan pelajaran kepada rakyat negeri ini dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan: