X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Isteri menangis ketika cekup suami khalwat wanita lain

Paparan rakaman video serbuan tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat warga maya. - Foto Tribunnews
A
A

BOGOR - Seorang pegawai polis ditangkap khalwat dengan seorang wanita di sebuah perumahan di daerah Cibeureum, Tasikmalaya, Jawa Barat Indonesia.

Serbuan penangkapan pasangan itu dilakukan oleh isteri lelaki terbabit bersama sepasukan polis pada Selasa.

Menerusi laporan Tribunnews, pegawai polis itu bertugas di Bogor dan masalah rumah tangga mereka telah diketahui oleh pihak atasan.

Ketua Polis Bogor Iptu Yayan Sofyan, berkata, pihaknya menerima aduan daripada isteri pegawai polis itu pada 23 Oktober tahun lalu.

"Isterinya mengakui mempunyai sejumlah bukti seperti bukti foto, bukti transaksi dan lain-lain yang berkaitan dengan dakwaan kecurangan anggota polis ini.

"Dia mahukan keadilan kerana telah diabaikan termasuk anaknya berusia 9 bulan," katanya pada Khamis.

Menurutnya perkara itu masih dalam siasatan dan akan teruskan pada minggu berikutnya.

"Ya, ini masih dalam proses perbincangan," katanya.

Sebelum ini, isteri pegawai polis itu bersama sepasukan polis telah melakukan serbuan di sebuah rumah mendapati lelaki terbabit dalam keadaan separuh bogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Ketika memasuki rumah itu, isterinya menjerit dan menangis apabila mendapati suaminya bersama wanita lain.

Difahamkan, rakaman video serbuan tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat warga maya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!