Jangan sampai ada tubuh terbakar!

No Image Caption
A
A
A

TERDAPAT pelbagai alat penjimatan elektrik kini dijual di pasaran termasuk menerusi media sosial.

Wartawan Sinar Sinar Siasat cuba mendedahkan isu ini dengan menemubual penjual alat jimat elektrik.

Ternyata ia mencetuskan satu polemik mengenai tahap keselamatan peralatan itu kerana ada penjual yang mengakui alatan berkenaan tidak mempunyai kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

Jadi adakah peralatan seperti ini selamat digunakan?

Bukankah biasanya peralatan tiada pengiktirafan daripada Sirim berkemungkinan mempunyai risiko bahaya.

Sirim QAS International pula menyatakan pihaknya tidak pernah mengiktiraf alat jimat elektrik yabg dijual secara dalam talian itu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) pernah menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan taktik penjual peralatan yang kononnya boleh menjimatkan elektrik (power saver) sama ada secara langsung di premis-premis perniagaan atau secara dalam talian mahupun platform media sosial.

Siasatan Skuad Sinar Siasat mendapati, produk penjimat kuasa didakwa boleh membantu menjimatkan bil elektrik sehingga 50% itu masih dijual menerusi internet.

Artikel Berkaitan:

Dengan kata kunci alat jimat elektrik di laman sosial Facebook, pelbagai bentuk, saiz dan warna produk seperti ditawarkan kepada pengguna.

Berdasarkan keterangan penjual sendiri, kesahihan dakwaan peralatan yang kononnya boleh menjimatkan elektrik ini perlu dirungkai sekali gus dalam memastikan soal keselamatan penggunaannya sebelum ada tubuh yang terbakar akibat litar pintas!

Ikuti laporan penuh Sinar Siasat minggu ini. Pastinya menerusi akhbar kesayangan ramai Sinar Harian, hari ini!