Tuchel enggan terima kredit kemenangan Chelsea

Thomas Tuchel
Thomas Tuchel
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel enggan menerima kredit atas kemenangan 1-0 skuad kendaliannya ke atas Tottenham Hotspur pada awal pagi Jumaat.

Sebaliknya menurut Tuchel, kemenangan berkenaan adalah hasil kerja keras kesebelasan pemain yang mahu mencatatkan kemenangan pada perlawanan berkenaan.

“Kemenangan ini adalah hasil kerja keras pemain dan ia bukannya mengenai kaedah (perancangan) daripada saya.

“Secara keseluruhannya, saya gembira dengan sikap, pasukan dan juga potensi yang ditunjukkan oleh pemain.

“Mereka ternyata pemain yang bagus dan saya gembira berada di sini kerana walaupun ia (saingan EPL) bermula agak pantas, namun segalanya mudah untuk diuruskan dan saya rasa sangat dihargai,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Itali, Jorginho menyempurnakan penalti pada minit ke-24 untuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-24.

Pengadil perlawanan, Andre Mariner memberikan sepakan penalti kepada The Blues apabila mendakwa pertahanan Spurs, Eric Dier menjatuhkan Timo Werner dalam kotak penalti.

Mengulas lanjut, Tuchel berkata, kemenangan berkenaan juga terhasil daripada keazaman tinggi pemain untuk terus melakar kejayaan dalam saingan EPL kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Ia bukannya hanya mengenai taktikal semata-mata, ia turut melibatkan bagaimana kita beraksi.

“Mereka (pemain), telah memberikan komitmen 100 peratus. Selain itu mereka juga diharap tidak hilang semangat untuk meneruskan kejayaan ini,” katanya.