Reman ibu kandung, bapa tiri dera anak disambung

Tempoh tahanan reman sepasang suami isteri dilanjutkan tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak mereka, dipercayai akibat didera.
Tempoh tahanan reman sepasang suami isteri dilanjutkan tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak mereka, dipercayai akibat didera.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Mahkamah Majistret Ayer Keroh membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri dilanjutkan tujuh hari lagi bermula Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak lelakinya dipercayai akibat didera.

Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi membenarkan perintah sambung reman sehingga 12 Februari ini terhadap pasangan suami isteri itu yang juga ibu kandung dan bapa tiri kepada mangsa berusia 7 tahun, selepas permohonan sejak Sabtu lalu berakhir pada Jumaat.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang berusia 38 dan 32 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah jam 9.15 pagi tadi dengan memakai baju lokap jingga dan ungu serta tangan bergari diiringi anggota polis.

Jumaat lalu, Sinar Harian menyiarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Artikel Berkaitan: