X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Gua kelawar petunjuk penting asal usul wabak Covid-19, kata WHO

Gua kelawar mungkin mempunyai petunjuk penting mengesan unsur genetik virus Covid-19. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A

WUHAN - Seorang saintis dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menyiasat asal usul wabak Covid-19 mengatakan gua kelawar mungkin mempunyai petunjuk penting mengesan unsur genetik virus tersebut.

Menurut laporan Reuters, pakar penyakit haiwan, Peter Daszak berkata, gua kelawar di Wuhan, perlu menjadi sebahagian daripada penyelidikan berprofil tinggi mengenai asal usul penyakit itu.

Daszak mengatakan bahawa kumpulan itu telah menerima maklumat baharu mengenai bagaimana wabak Covid-19 menyebabkan kematian hampir 2.3 juta orang di seluruh dunia.

Peter Daszak - Foto Reuters
Peter Daszak - Foto Reuters

Beliau tanpa mengulas lanjut, mengatakan saat ini tidak ada bukti menyokong idea bahawa virus itu berasal dari dalam makmal seperti yang tular sebelum ini.

Daszak pernah terlibat dalam penelitian mengenai asal usul Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002 dan 2003 dengan menyiasat haiwan kelawar yang tinggal di sebuah gua di Yunnan barat daya.

“Oleh itu, penyelidikan serupa perlu dilakukan dan tugas mencari sumber kelawar adalah penting kerana jika anda dapat mencari sumber virus maut ini, anda dapat mengurangkan kontak dengan haiwan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, China tidak telus dalam menangani penularan wabak ini dan Beijing memberitahu, virus itu berasal dari tempat lain namun Amerika Syarikat terutama mengatakan asal usul virus ini dari Wuhan, China.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!